Monday, March 14, 2011

9,575 Rape Cases for 5 Years

A total of 9,575 statutory rape cases were reported over five years from 2005, Deputy Home Minister Datuk Wira Abu Seman Yusop said today.

Police did not however have the statistics for 2000 to 2004, he told the Dewan Rakyat when replying to Tan Sri Dr Fong Chan Onn (BN-Alor Gajah), who wanted to know the number of statutory rape cases reported from 2000 to 2010 and how they were handled.

Abu Seman Yusop said the ministry was committed to curbing rape, especially cases involving under-aged victims.

Police provided counselling service to the victims and referred them to the Welfare Department if they needed protection, he said.

"Apart from that, police would continue investigations to gather evidence against the suspect. If the suspect was found guilty, the prosecution would ask for a deterrent sentence," Abu Seman said.

Source: Bernama

Sunday, March 13, 2011

Kaut Untung Internet Tak Jadi

Keghairahan seorang bekas pengurus akaun sebuah bank untuk mengaut untung besar tidak kesampaian apabila dia mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua
tuduhan pecah amanah wang milik pelanggan berjumlah RM74,000, awal tahun ini.

Dalam pertuduhan pertama Khor Gek Khim, 28, dituduh memindahkan wang secara perbankan internet berjumlah RM40,000 daripada akaun mangsa yang dikenali sebagai Beh Peoy Su ke dalam akaun orang lain yang dikenali sebagai Irene Ching Shwu Chyn, dengan melanggar undang-undang, di cawangan Bank HSBC di sini 21 Jan lalu.

Pertuduhan kedua terhadap Khor ialah memindahkan wang secara perbankan internet berjumlah RM34,000 daripada akaun Beh ke dalam akaun orang lain yang dikenali sebagai Ng Moi Heng dengan melanggar undang-undang di lokasi sama 24 Jan lalu.

Khor yang berasal dari Taman Keladi di sini didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun dengan sebatan dan juga boleh dikenakan denda.

Hakim Zainol Saad menetapkan wang jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 13 April ini.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Sharifah Syazwani Syed Hussin, manakala tertuduh diwakili peguam KT Jayaraj.

Media pada 26 Feb lalu melaporkan tertuduh ditahan bagi membantu siasatan mengenai kehilangan sejumlah besar wang milik pelanggan yang dianggarkan lebih RM1.5 juta.

Khor yang meletak jawatan secara sukarela pada 16 Feb lalu ditahan di rumahnya sekitar bandar ini pada 23 Feb lalu, selepas pegawai atasan dan para pelanggan bank berkenaan membuat aduan mengenai kegiatannya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Supritendan Ong Aik Chang berkata sehingga 25 Feb lalu sebanyak 13 laporan telah dibuat terhadap lelaki berkenaan.

Sumber: Bernama

Botol Susu Polikarbonat Haram!

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 2 Mac 2011 telah bersetuju dengan cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi Bisphenol A (BPA).

Dimaklumkan bahawa penguatkuasaan pengharaman penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA akan berkuat kuasa pada 1 Mac 2012. Tindakan pengharaman ini akan dilaksanakan secara berperingkat dan pihak industri diberi tempoh masa satu (1) tahun untuk membuat persediaan bagi keperluan pertukaran atau pembelian mesin dan penggunaan bahan mentah yang sesuai.

Keputusan pengharaman ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang menunjukkan bahawa botol susu polikarbonat yang mengandungi BPA adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak.

Tindakan ini juga dibuat dengan mengambil kira BPA yang telah diketahui boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekali gus mengganggu sistem fungsi tubuh dan sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi. Ini mewujudkan keadaan yang tidak pasti serta tiada jaminan keselamatan bagi bayi yang terdedah kepada BPA.

Di samping itu, pemantauan secara berterusan oleh KKM mendapati terdapat migrasi BPA daripada botol-botol susu bayi polikarbonat yang telah diuji. Sehingga tahun 2010, sebanyak 159 sampel botol susu bayi telah dianalisis dan didapati 85% dikesan mengandungi bahan BPA dalam julat 0 hingga 0.7 mg/kg hasil migrasi daripada botol berkenaan. Kajian oleh Universiti Malaya menunjukkan kadar migrasi meningkat sebanyak tujuh (7) kali ganda pada suhu 80ºC berbanding pada suhu bilik 25ºC.

Pengharaman yang diambil ini adalah selaras dengan tindakan beberapa buah negara lain. Negara-negara yang telah mengambil langkah awal mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA adalah Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand dan negeri New York di Amerika Syarikat. Perkembangan terkini adalah pengumuman pengharaman botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA oleh pihak Kesatuan Eropah.

KKM tidak akan berkompromi dalam keselamatan pengguna terutamanya bayi dan kanak-kanak. Pengharaman ini dapat melindungi keselamatan kumpulan berisiko tinggi seperti bayi dan kanak-kanak sehingga terdapat maklumat yang kukuh berhubung keselamatan penggunaan BPA bagi botol susu bayi.

Dalam tempoh masa satu (1) tahun ini, pengguna perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada migrasi BPA berdasarkan panduan penggunaan botol susu bayi polikarbonat yang disarankan oleh KKM. Namun begitu, pengguna boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan botol susu bayi polikarbonat kepada alternatif yang terdapat di pasaran mengikut kemampuan masing-masing.

Sekiranya pengguna perlu maklumat lanjut, hubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di talian 03-88833652/ 88833653/88833655 atau melayari laman web http://moh.gov.my/ atau http://fsq.moh.gov.my.

DATO’ SRI LIOW TIONG LAI

MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

MAC 2011

Lampiran

PANDUAN PENGGUNAAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT

a) Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat

Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:

a. Nombor 7

b. Nombor 7 dan PC

c. Nombor 7 dan ‘other’

Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA.

b) Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat

1) Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada. Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.

2) Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.

3) Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.

4) Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.

Namun, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain.

Friday, March 11, 2011

Gambar Tsunami Di Jepun









Kredit kepada agensi AP, Reuters

Tsunami 9 Sah Mati

Sembilan individu sudah disahkan mati sehingga dalam kejadian tsunami yang melanda Jepun tengahari tadi berskala 8.9 magnitud

Tsunami Arrival Time

Tsunami arrival time = Russia 8.34 GMT, Guam 9.09 GMT, Taiwan 9.30 GMT, Indonesia 10.49 GMT & Australia 15.28 GMT

Metereologi Malaysia Keluar Amaran

Penduduk di Labuan dan Sabah dinasihati supaya menjauhi pesisir pantai ekoran laut bergelora dan paras air laut lebih tinggi daripada yang di jangka bermula 6 petang hingga tengah malam ini.

Jabatan Metereologi dalam satu kenyataan hari ini berkata ini di jangka berlaku ekoran gempa bumi kuat yang melanda Jepun tengah hari tadi.

Katanya satu gempa bumi bermagnitud 8.8 pada skala Richter telah berlaku di Pantai Honshu, Jepun pada 1.46 petang, 4,434 kilometer dari timur laut Kudat, Sabah.

Bagaimana tiada amaran tsunami dikeluarkan kepada negara ini.

Sumber: BERNAMA