Wednesday, March 9, 2011

Pulau Pinang Kutip RM24j Saman Trafik


Polis Pulau Pinang mengutip RM24 juta bayaran saman daripada pesalah trafik selepas polis mengumumkan insentif 50 peratus diskaun sejak Ogos lepas.

Ketua Polis Negeri Datuk Ayub Yaakob berkata pihaknya turut mencatat pertambahan luar biasa mereka yang ingin membayar saman iaitu dengan purata 500 hingga 600 orang sehari pada waktu bekerja.

"Sepanjang tempoh itu jumlah paling banyak kutipan bayaran saman ialah pada 1 Mac hingga semalam iaitu sebanyak RM6.13 juta," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan hari terakhir orang ramai membayar saman di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini hari ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebelum ini mengumumkan tempoh bayaran saman trafik yang berakhir 28 Februari lepas dilanjutkan selama 10 hari lagi yang berakhir hari ini.

Ayub berkata sejak 2001 hingga 2010, hanya 57 peratus daripada 3.7 juta saman yang dikeluarkan Polis Pulau Pinang telah dijelaskan.

Sumber: Bernama

Katanya sebanyak 1.5 juta saman yang dikeluarkan sepanjang tempoh 10 tahun
itu masih belum dibayar.

No comments:

Post a Comment