Wednesday, March 9, 2011

Taktik Tak Jadi, Nelayan Seludup Kena Tangkap

gambar hiasan

Taktik bergelap di tengah laut sambil cuba menyeludup ikan nampaknya tidak menjadi kepada 70 nelayan asing yang berjaya diberkas semalam.

Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) Daerah Tok Bali menahan dua bot nelayan yang dipercayai cuba menyeludup 100 metrik tan ikan bernilai RM23,000 ke negara jiran, semalam.

Pegawai Memerintah KM Amanah Lt Komander Mohd Kharulanuar Abdul Majid@Razali berkata kedua-dua bot, sebuah milik nelayan tempatan dan sebuah lagi milik nelayan asing, ditahan bersama 70 nelayan asing dalam satu operasi APMM semalam.

"Aktiviti mereka terbongkar apabila kedua-dua bot itu dikesan sedang berhimpit-himpit bagi tujuan berkenaan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, hari ini.

Katanya apabila menyedari kehadiran kapal KM Amanah, kedua-dua bot itu memadamkan lampu supaya sukar dikesan dan cuba melarikan diri, tetapi mereka berjaya ditahan pada jarak kira-kira 100 batu nautika dari Timur Tok Bali.

Beliau berkata selepas diperiksa APMM percaya mereka sedang mengadakan aktiviti memunggah ikan, dipercayai untuk diseludup ke negara jiran.

Mohd Kharulanuar berkata mereka kini ditahan reman di Penjara Pengkalan Chepa untuk proses pendakwaan di Mahkamah Majistret Pasir Puteh tidak lama lagi di bawah Akta Perikanan 1985 Seksyen 15(2) atas kesalahan menangkap ikan tanpa lesen di Kelantan.

Sumber: Bernama

No comments:

Post a Comment